Sulit
2 tahun
Sakit dada, menggigil
Saya start menggigil satu badan masa umur saya 17 tahun. Ada satu events tu buat saya tiba tiba jadi menggigil satu badan, nafas jadi laju, sakit dada and tangan saya juga menggigil. Start daripada kejadian events tersebut tangan saya kerap menggigil tanpa sebab. Saya angkat barang pon tangan saya nanti menggigil. Tambah lagi events lain, events kedua buat saya jadi down, dia buat saya jadi patah semangat, rasa tak dihargai, and jadi rasa was was. Saya pernah sebulan kena panic attack masa tidur. Saya rasa macam nak gila, nak tercekik pon ada. Lepastu bila ada events atau kejadian yang seakan-akan sama terjadi macam dulu, rasa sakit dada, nafas jadi laju, menggigil, nangis akan datang balik. Waktu malam buta pon saya kerap nangis. Selalu juga sakit dada, nafas laju datang secara tiba tiba. Saya juga jadi overreacting dekat keadaan even perkara kecil terjadi.
Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, menggigil dan sakit dada merupakan salah satu dari gejala emosi yang tidak stabil yang perlu diberikan perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- dll.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Namun dalam pada itu, anda tetap perlu berbincang dan sentiasa berkongsi cerita dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri dalam masa pandemik ini. Kami juga menasihatkan anda agar tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Justeru dalam mendepani kondisi ini disamping rawatan yang berlangsung, anda juga disarankan untuk
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jangan tinggalkan rawatan yang diberikan
- percepatkan langkah untuk mendapat temu janji yang selanjutnya
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.