Sulit
2 tahun
Saya bimbang tentang kesihatan mental saya
Ini antara simptom saya:
• Kekeliruan, (19-21 Mei)
• Pergerakan badan yang luar biasa yang tidak dapat saya kawal (dapat kawal sikit-sikit) (19-21 Mei)
• Jantung berdegup kencang.
• Banyak suara masuk. (19-21 Mei)
• Tiada selera makan. (20 Mei)
• Ada lah pula selera makan. (21 Mei)
• Cepat lupa. (19-21 Mei)
• Mata kabur (19-20 Mei)
• Nadi cepat. (19-21 Mei)
Saya sedang makan ubat yang bernama Risperidone, Sertraline dan Clonazepam.
Mungkin saya dapat panic attack disebabkan berikut:
• Aluminium foil ubat rosak.
• Saya telah minum kopi yang ada Tongkat Ali. (Petang 18 haribulan)
• Ambil ubat sebelum makan.
• Jarak masa ubat-ubatan.
• Interaksi Sertraline dengan Clonazepam dan Risperidone.
Baru² ini saya dapat panic attack yang berlangsung dari pagi hingga malam sejak 19 haribulan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang kesihatan mental anda. Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang dinyatakan dalam soalan anda mungkin disebabkan oleh gangguan mental seperti kemurungan, schizophrenia atau panic disorder dan kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil.
Anda memerlukan perbincangan yang lebih menyeluruh dengan pakar psikiatri untuk menilai kesihatan mental anda dan menukar ubat anda sekiranya perlu. Misalnya adakah suara masuk tersebut berapa orang dan bercakap dengan anda dan adakah anda melihat bebayang yang luar biasa serta emosi yang turun naik tanpa sebab.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri