Sulit
2 tahun
Overthingking berlebihan dan rasa risau
Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya mempunyai masalah overthingking berlebihan dan itu membuat saya rasa risau. Apakah ada jalan penyelesaian kepada penyakit saya ini?
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.Antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mengambil langkah-langkah seperti yang berikutnya:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Walaubagaimanapun, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.