Sulit
3 tahun
Masalah thyroid eye
Salam doctor, saya wanita berumur 21 tahun. 2 tahun lepas saya disahkan mempunyai penyakit hyperthyroidism. Sekarang thyroid level saya sudah normal tapi masih dalam pantauan doctor saya. Tapi masalah thyroid eye saya masih belum selesai. Adakah selamat untuk saya mengambil supplement selenium untuk merawat thyroid eye? Adakah ia akan menganggu perkembangan thyroid hormon saya? Apakah ikhtiar yang boleh saya lakukan untuk merawat thyroid eye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil supplement selenium untuk mata tiroid anda, ia akan memberikan kesan perlindungan kepada mata dan penglihatan anda. Selain itu, selenium tidak akan menganggu perkembangan tiroid hormon anda.
Langkah lain yang dapat bantu mengawalkan gejala mata tiroid adalah seperti menekapkan mata dengan tuala sejuk atau ice, pakai cermin mata hitam, guna penutup mata pelincir, meningkatkan kepala katil anda dan dapatkan bantuan dari doktor pakar mata.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Mata.