Sulit
3 tahun
Masalah tonsils demam
sy lelaki dalam awal 40an…baru baru ne sy dpat tonsil …baru 2 hari berlalu dan sdah on antibiotik baru yg kedua kali mkan…masalahnya disini demam sy mcm air pasang surut…bila sy makan ubat kebah la demam tu…tapi bila sdah menghampiri tempoh yg ke 6 jam utk smbung makan ubat demam…sy mula la start demam…so trpaksa makan ubat lagi…so soalan sy disini…adakah normal demam itu berlaku klu tonsil still sakit dan bengkak…dan berapa hari demam itu akan kebah sendiri
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tonsilitis ataupun keradangan tonsil mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh. Namun begitu, jika melebihi 2 minggu, ia dipanggil tonsilitis kronik di mana keradangan tonsil anda dalam keadaan teruk. Chronic tonsilitis berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang boleh melawan antibiotik.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.