Sulit
2 tahun
Menggantikan ubat kolestrol
saya merupakan pesakit diabetes type 2…baru2 ini saya ada menjalani ujian kesihatan .bacaan kolestrol saya 5.5 mmol/L, HDL Cholestrol 1.5 mmol/L, LDL Cholestrol 3.5 mmol/L, triglycerides 1.2 mmol/L. doktor juga menyarankan saya mengambil ubat kolestrol SIMVASTATIN 10MG. saya nak tahu bolehkah saya mengambil supplemen seperti omega 3 bagi menggantikan ubat kolestrol SIMVASTIN ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan bacaan kolestrol anda secara keseluruhan, anda memang patut diberi ubat kolestrol tersebut untuk menurunkan kolestrol, Supplemen omega 3 dan perubahan dalam pemakanan boleh ditambah untuk membantu mengurangkan kolestrol namun anda disarankan untuk berbincang dengan doktor tersebut tentang persoalan anda.
Umumnya paras jumlah kolesterol yang sihat adalah kurang dari 5.18 mmol/L. Selain itu, paras non HDL serum yang sihat dalah kurang dari 3.76 mmol/L. Tahap kolesterol LDL hendaklah di bawah 2.84mmol/L.
Untuk pengetahuan anda juga, kadar kolesterol tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesan yang serius seperti
- kerosakan organ hati seperti kejadian non-alcholic fatty liver(NAFLD)
- penyakit jantung dan saluran darah
- serangan strok dan serangan jantung secara tiba-tiba
- kerosakan buah pinggang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.