
Sulit
5 tahun
Outbreak herpes genital
Saya nizam berusia 33 tahun. Saya 1st terjadi outbreak herpes genital ini pada sebulan lebih yang lalu. Saya telah berjumpa dengan doktor kulit dan mendapatkan rawatan serta buat ujian darah. Doktor memberikan saya ubat sapu acyclovir dan ubat makan. Cuma yang anehnya ujian darah saya normal, bacaan 0.13 tetapi sudah 3 kali saya alami outbreak pada genital. Apabila saya tanya kepada doktor saya itu dia kata kemungkinan herpes genital walaupun ujian darah normal.
Jadi saya pun tidak tahu apakah saya ini benar-benar dijangkiti herpes atau tidak… Tetapi yang pasti sudah 3 kali saya alami outbreak dalam sebulan lebih ini. Cuma saya nak bertanya adakah wujud krim yang sesuai untuk mempercepatkn outbreak herpes ni reda? Saya gunakan acyclovir seperti doktor saya cadangkan tetapi ambil masa yang lama untuk reda dalam 7hari. Dan dalam seminggu ke tiga minggu akan berulang semula outbreak ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perawatan herpes kelamin bertujuan untuk mengurangkan kejadian outbreak, tetapi ia tidak boleh menyembuhkan virus herpes ini. Ubat antivirus seperti acyclovir boleh membantu mempercepatkan masa penyembuhan luka anda dan mengurangkan kesakitan.
Bagi meningkatkan efektiviti, ubat boleh diambil pada tanda-tanda pertama wabak seperti rasa geli-geli, gatal, dan gejala lain-lain untuk mengurangkan sakit sewaktu outbreak.
Gunakan sabun yang lembut apabila mandi, usahakan mandi di dalam air suam, serta pastikan tempat yang dijangkiti bersih dan kering. Pakai pakaian kapas longgar untuk memastikan kawasan itu selesa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.