Sulit
3 tahun
Pendarahan berwarna coklat setelah makan postinor2
Hi , saye dan isteri luangkan masa bersama. Kerana takut akan kehamilan saye dan isteri bercadang untuk membeli postinor 2. Setelah Minggu pertama isteri makan , minggu kedua kami bersama lagi. Dan telah makan postinor 2 buat kali kedua. So ade kesan berwarna coklat pada seluar dalam isteri saye. Adakah itu bermaksud pendarahab side effect ubat tu? Atau tanda awal kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami fahami bahawa anda bimbang akan gejala yang isteri anda alami iaitu pendarahan coklat selepas pengambilan pil perancang kecemasan. Kami akan cuba membantu anda.
Secara umum, pendarahan coklat lazimnya disebabkan oleh beberapa perkara, seperti
- Gangguan stress
- Penggunaan ubat tertentu
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
- Telalu sibuk dan aktif
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangguan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Untuk mengetahui pengambilan pil perancang kecemasan berkesan, isteri anda akan mengalami haid seterusnya dan darah haid kelihatan normal.
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih