Anonymous
5 tahun
Pendarahan ketika buang air besar(berak berdarah)
Saya berumur 25 tahun. Saya telah mengalami berak berdarah selama 2 hari. Keadaan itu agak pelik bagi saya pada hari pertama kerana saya ingatkan saya datang period tapi sebaliknya bukan. Pada hari pertama, darah akan keluar selepas najis dan kuantiti darah yg keluar agak banyak.Keadaan ini agak merisaukan saya sebagai seorang wanita.Mohon penjelasan dari doktor yg berkaitan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku. Biasanya darah akan menitis seperti mana yang anda katakan dan ia tidak mendatangkan sebarang kesakitan di peringkat awal.
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.