Sulit
4 tahun
Pening kepala melayang
Sy wanita berumur 31 tahun… kerap sakit kepala sebelah kanan sampai effect sakit di Mata kanan Dan tengkuk kanan berasa tegang… kenapa ya Dr sy duduk terasa melayang… Dan baring walaupun pejam Mata terasa melayang macam nak jatuh…adakah ini migrain says teruk…atau disebab Kan rabun atau pun stress? Dr tolong bagi penjelasan …terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat 3 jenis migrain.
- migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
- migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
- aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Namun, rawatan selain daripada panadol memerlukan prekripsi doktor serta soalan lebih lanjut untuk mengetahui samada anda sesuai dengan ubat tersebut atau sebaliknya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.