Sulit
3 tahun
Penyakit Migrain Okular
Saya remaja perempuan berusia 19 tahun, sejak dua tahun lepas saya menghadapi penyakit penglihatan kiri menjadi kabur & selepas beberapa minit dia reda terus jadi sakit kepala bahagian kanan, dah banyak klinik saya pergi jawapan doktor sama je, sekadar migrain biasa tapi bila saya cari dekat internet ada satu penyakit yg nama dia migrain okular, saya nk tanya migrain ni berbahaya ke & kena buat rawatan apa apa tak? migrain ni boleh dikatakan akan datang setiap satu / dua bulan sekali & paling teruk sampai rasa mual & muntah bagai. Harap doktor dapat menjawab persoalan saya. Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda terangkan tersebut, masalah penglihatan kiri diikuti dengan sakit kepala bahagian kanan adalah gejala umum untuk sakit kepala migrain. Gejala anda trangkan ini juga dikenali sebagai aura visual.
Selain itu, migrain okular cuma sesuatu cabang dari migrain biasa. Saluran darah yang terjejas adalah lebih ke bahagian mata dalam migrain okular berbanding dengan saluran darah umum dalam migrain biasa. Namun, rancangan rawatan untuk kedua-dua migrain ini adalah sesama, dan berkesan.
Migrain adalah penyakit sakit kepala biasa dialami oleh ramai, lebih umum dalam kalangan wanita, sekurangnya 20 hingga 25 peratus wanita mengalami penyakit ini. Migrain adalah tidak berbahaya, dapat dikawal dengan mengelakkan pencetusnya dan dengan perubatan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.