Sulit
3 tahun
Period berterusan selama 3 bulan
saya wanita umur 25 tahun. saya period berterusan selama 3 bulan. hanya berhenti 3-4 hari saja. kadang2 banyak. kadang2 berketul. adakah ini normal? saya jadi stress bila fikir tentang period ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.