Sulit
2 tahun
Pertanyaan mengenai sesak nafas/asma
slam sjhtera , sya sudah mnrima suntikan vksin sinovac utk kedua dua dos, soalan sya mmndangkan sya akan menerima dos booster pfizer, dan dikatakan pfizer ini kesan smpingan agak kuat brbnding sinovac, selamatkah utk seorang yg mmpunyai asma seperti sya utk mnerima suntikan dos pfizer tersebut?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hingga saat ini kajian menunjukkan bahawa vaksin booster shot pfizer adalah selamat untuk digunakan. Hal ini berdasarkan kepada faedah serta kelebihan yang lebih besar jika dibandingkan dengan kesan sampingan akibat vaksin yang sangat minimal. Namun, memandangkan anda mempunyai asma,adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapat maklumat yang tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini