armie80
3 tahun
Perut sakit kesan berhenti merokok,mata panas
Saya lelaki umo 41tahun,perokok tegar yg dah bhenti merokok mengejut.sebulan lebih dah bhenti,dlm pada proses behenti merokok,perut sebelah kanan pedih n ngilu tapi tak belarutan,ilang datang.mata selalu panas,apakah kesan biasa kah?mohon pencerahan dari doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia seperti kesan sampingan atau dipanggil withdrawal symptoms kerana berhenti merokok. Hal ini kerana badan anda kehilangan sesuatu yang sering mereka terima. Anda akan mengalami gejala seperti:
- batuk berkahak
- jantung berdegup kencang
- lapar
- sukar tidur
Sememangnya gejala yang anda alami adalah sangat tidak selesa, namun ianya tidak memberi kesan buruk malah memberi kesan yang lebih baik kerana merokok adalah sangat merbahaya kepada anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu anda boleh menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan bagi mendapatkan bantuan supaya anda konsisten dalam usaha berhenti merokok ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!