Sulit
2 tahun
Positive influenza A (H1N1/H5N1)
Sy wanita 28 tahun, awal Feb sy disahkan arithery pneumonia, kemudian 4 March sy mempunyai gejala demam, batuk, selesema, dada sempit, dan disahkan influenza A, adakan perlu buatujian covid-19? ujian covid-19? infsaya masih perlu melalukan ujian covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan yang anda berikan, saya dapati anada mengalami gejala demam, batuk, selsema, dan dada sepit. Kemudian anda disahkan positif influenza A. Namum sekarang anda ingin tahu sekiranya anda perlu untuk membuat ujian COVID-19.
Keputusan tersebut bergantung kepada tahap risiko anda. Untuk mengetahui risiko, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Namun begitu, untuk pengetahuan anda, hospital kerajaan akan melakukan ujian COVID-19 ke atas pesakit yang berisiko tinggi serta memenuhi kriteria sahaja. Oleh itu, sekiranya anda mahu membuat ujian tetapi tidak memenuhi kriteria mereka, anda boleh cuba melakukan ujian tersebut di syarikat swasta. Kami jada menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.