Sulit
3 tahun
Rasa ada something dalam hidung
Saya berumur 26 tahun. Saya sihat. demam, selsema, batuk semua tak de tapi saya rasa pitam bila berdiri. Diri saya macam nak tidur dan lemah. Saya pergi jumpa doctor dia cakap pressure 130 something bagi ubat. Tapi saya still raya macam tak energy nak tidur. Apa pemakanan yang baik bagi saya untuk mengurang pressure? lepas tu saya ada sinus dekat hidung rasa macam ada something? Kekurangan tidur boleh menyebabkan rasa pitam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah rasa hendak pitam dan lemah badan yang anda alami. Kami akan cuba membantu anda
Untuk pengetahuan anda, gejala pitam yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula
- “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih aktif apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
Mengenai gejala seperti ada sesuatu di dalam hidung, ia boleh disebabkan oleh faktor lendir hingus atau masalah yang lebih serius seperti polip dan ketumbuhan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih