Sulit
3 tahun
Rawatan enjakulasi pramatang cepat pancut
Ubat apa yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah saya ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berpunca daripada beberapa perkara. Kebiasaanya, ia disebabkan oleh masalah psikologi dan bukannya masalah kesihatan. Antaranya :
- Kurang pengalaman seksual
- Stres
- Keresahan
- Kemurungan
- Pengambilan alkohol secara berlebihan
- Masalah tiroid
Kami memahami masalah ini boleh mendatangkan kebimbangan dan kekecewaan semasa melakukan hubungan intim. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor supaya dapat dirawat dengan tepat berdasarkan punca masalah anda.
Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini adalah :
- Kaunselling dengan pakar kesihatan seksual
- Senaman Kegel
- Ubat topikal seperti lignocaine yang boleh melambatkan ejakulasi
- Ubat Dapoxetine
- Ubat anti-depresan
Namun, kami amat menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat untuk masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah