Sulit
3 tahun
Sakit atau ngilu sebelah badan
SALAM DOC
SAYA MENGALAMI MASALAH SAKIT DAN NGILU HAMPIR SETAHUN PADA BAHAGIAN SEBELAH BADAN SEBELAH KANAN,PADA AWALNYA IANYA BERPUNCA PADA BAHU DAN PERGELENGAN SENDI LENGAN …DAN SEKARANG DI BAHAGIAAN BELAKANG BADAN DAN PERUT SETERUSNYA KE KAKI DAN DUA JARI KAKI…UBAT SARAF SAYA SUDAH MAKAN BERMACAM2 TAPI TIADA KESAN…APAKAH INI TANDA STROK ATAU BUKAN DOC.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.