Sulit
3 tahun
Sakit pada tumit kaki
Perut saya selalu kembung Dan Saya selalu sakit pada bahagian tumit kaki
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan sakit pada tumit kaki dan perut kembung. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya perut kembung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk
- Tabiat makan yang kurang sihat
- Makan terlalu cepat & banyak.
- Makan makanan yang berlemak
- Makan makanan yang menghasilkan gas (i.e. kacang, sayur-sayuran, tinggi serat, dll.)
- Udara dan gas yang terkumpul pada saluran pencernaan
- Lactose intolerance
- Sembelit
Sakit tumit pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- keradangan pada bursa ( bursitis )
- keradangan tendon (tendonitis)
- regangan otot pada kawasan tapak kaki
Namun begitu gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh gangguan yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.