Sulit
2 tahun
Sakit perut sampai ke pinggang, belakang dan leher
hai sy ade masalah sakit perut bahagian kiri bwh dh 2 bulan. so dr syak mslah berkait ngan usus la. sy dh xtray, scan dan kolonoskopi tp dr kate smue normal je. lepastu sakit sy ni makin lame melarat ke pinggang, belakang dah leher. sy pergi mengurut dan tukang urut tu kata urat perut saya tegang dan keras. tp lepas mengurut pon sakit lg. persoalan sy secara medical ade ke rawatan utk urat tegang mcm tu? dan sakit ni mmg x boleh detect ye dgn x tray atau scan sbb dr kate sy x dek sakit apa2. ke sy perlu buat endoskopi baru nampak mslah? dan dr ade cadangan tak mcm mana nak ubati sakit sy ni sbb sy hanya dpt ubat Panadol je. sy dh jaga makan dh elak mkn pedas semua tp sakit tak hilang2 cume mungkin agak kurang dari awal2 dulu. mohon pencerahan terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda. Walau bagaimanapun, tanpa maklumat yang lebih lanjut seperti ciri-ciri kesakitan tersebut dan lain-lain kami tidak dapat memberikan nasihat dan rawatan yang kukuh.
Untuk memahami keadaan anda dengan sepenuhnya, kami perlukan maklumat yang lebih teliti. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.