Sulit
3 tahun
Saya Obesiti, perut buncit, sakit lutut, cepat mengah, gatal-gatal badan, eczema, cellulitis
Hai doktor,
Berat saya ialah 150kg. Saya mahu turunkan berat badan saya. Apakah cara yang paling cepat dan selamat unttuk turunkan berat badan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, tiada jalan pintas untuk seseorang untuk menurunkan berat badannya. Anda memerlukan azam dan motivasi yang kuat dalam dan panjang usaha menurunkan berat badan.
Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh anda untuk menurunkan berat badan:
- Jadikan sesuatu perkara sebagai motivasi untuk anda menurunkan berat badan
- Pastikan penurunan berat badan dalam satu tempoh masa adalah realistik dan boleh dicapai
- Buat satu matlamat penurunan berat badan yang baru setelah anda dapat menurunkan berat badan pada tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini
- Sentiasa kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Kawal pengambilan pemakanan anda
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.