Sulit
2 tahun
Saya rasa pagi2 dada sempit dan susah bernafas…selepas booste astraczaneca
Hye doktor saya jazli berumur 30 an…baru nie saya ambil booster astrazaneca…ketiga dos saya Astrazaneca…masalahnya pertama ok,kedua ada deman dan sedikit dada susah bernafas…yang ketiga ini pagi2 mulut kering dan terasa susah bernafas,segala otot2 sy yg pernah teredera sakit balik…tidur pun rasa tak selesa dan terganggu…rasa booster nie byk turunkan produktiviti saya …mcm mana nk pulihkan semula kesihatan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, anda berkemungkinan mengalami tanda-tanda selepas vaksinasi.Antara adalah tanda-tanda yang mungkin dialami selepas vaksinasi, namun semua ini boleh berkurangan dalam masa purata 14 hari.
Demam, sakit kepala, keletihan dan sakit di tapak suntikan adalah kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan, dan secara keseluruhan, kebanyakan kesan sampingan adalah ringan hingga sederhana.
Menurut penerangan anda,saya menasihatkan anda makan seimbang dan rehat seperti normal.Anda juga boleh memantau status kendiri dengan menggunakan pulse oximeter dan termometer.Jika didapati simtom-simtom bertambah serius,sila jumpa doktor dengan serta-merta.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini