Sulit
3 tahun
Sejak kebelakangan ini saya kerap pengsan.. bila pergi check di hospital doktor kata kemungkinan sawan tapi bila buat ct scan tiada simtom sawan
Assalamualaikum / Salam sejahtera… saya ingin bertanya adakah kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu berhalusinasi kemudian jatuh pengsan? Atau penyakit itu lebih terarah pada sawan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang berikan, gejala-gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan:
- Vertigo posisi
- Masalah tekanan darah (kolesterol boleh menyebabkan tekanan darah tinggi)
- Masalah dalaman telinga seperti penyakit Meniere
- Penyakit Addison - kurang hormon steroid dalam badan
- Dehidrasi
- Kurang gula dalam darah
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.