Sulit
3 tahun
Semasa saya tidur saya rasa seperti nak pitam
Lately i selalu time tidur rasa macam nak pitam dan rasa semua benda berpusing even time tu i dah lelap mata. Boleh saya tahu apa sebab benda ni terjadi??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan diskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kekalkan hidup yang bertenaga dengan bantuan suplemen! Klik disini untuk maklumat lanjut.
Gejala-gejala yang anda alami boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- kekurangan rehat atau kepenatan tubuh yang terlampau
- tanda-tanda awal gangguan tidur
- gangguan saraf atau keseimbangan tubuh
- tabiat pemakanan yang tidak seimbang
- kekurangan air (dehidrasi) atau gula (hypoglycemic) dalam tubuh
Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- komplikasi dari gangguan atau sakit kepala
- dll.
Inginkan penjelasan lebih lanjut? Neurologist kami sedai membantu anda.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.