Sulit
3 tahun
Sering mengalami sakit migrain ketika period
Dr.Saya berusia 25 tahun. Period teratur,tetapi sejak 3 tahun ni, setiap kali datang period saya akan migraine sangat2 di datangi simptom sengugut seperti biasa. Migraine saya sebelah bhgian kepala sahaja, melebihi 22jam.Ini berlaku sepanjang tempoh period. bhgian sakit itu tidak boleh di angkat,hanya terbaring. HB saya pernah sampai di tahap 7, ada juga masa check 10(regular chexk utk demam/jarang/tiada ubat diberi).
Tiada masalah kesihatan lain. Adakah migraine ni boleh di atasi?? Saya sudah mengambil panadol dan voltran. Tetapi voltran pun tidak mngurangkan kesakitan ini. Adakah ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain pula? Jikalau ada cara lain untuk mngurangkan masalah ini? Dan adakah ini akan berterusan?
3 tahun
Hai, selamat petang dan terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang migrain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu migrain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat 3 jenis migrain.
- migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
- migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
- aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran. Migrain yang berlaku pada waktu haid boleh berlaku disebabkan kekurangan kadar estrogen sewaktu haid.
Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Namun, rawatan selain daripada panadol memerlukan prekripsi doktor serta soalan lebih lanjut untuk mengetahui samada anda sesuai dengan ubat tersebut atau sebaliknya.
Untuk penggunaan ubat yang sesuai bagi merawat masalah migrain anda, kami sarankan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan jenis ubat yang boleh diambil. Setiap pengambilan ubat perlulah mendapat kebenaran dan panduan daripada doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.