Sulit

4 tahun

Sinus dan kahak yang banyak

hi doctor…saya seorang wanita berumur 36 tahun. Sebelum ini saya mengalami batuk berkahak lebih kurang sebulan. Selepas sebulan saya tidak lagi batuk cuma kahak masih lagi banyak. Sekarang saya mengalami kahak dan juga sakit kepala yang teruk lebih 2minggu. sakit sebelah muka di mana rasa berat dan mencucuk- cucuk di sekeliling mata dan kening. Bila pergi ke klinik doc hanya bagi ubat selsema, kahak dan tahan sakit. Kadang-kadang ia menyerang sampai ke gigi.Masalah saya masih berlarutan, boleh doctor cadangkan untuk penyelesaian sakit sinus ni? ada ubat yang baik?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Masalah sinus berlaku kebanyakannya adalah akibat bentuk rongga pernafasan iaitu hidung yang menyebabkan rongga tersebut mudah tersumbat. Contohnya sel rongga hidung yang sensitif menyebabkan bengkak apabila terkena partikel penyebab alergi, bentuk tulang rawan hidung yang bengkok dan bagi sesetengah pesakit mempunyai lebih rongga, menyebabkan laluan bendalir lebih kecil dan mudah tersumbat. Kadang kala, terdapat polip tumbuh di dalam rongga hidung turut menyebabkan masalah ini.

Untuk membantu masalah anda, antara perkara yang perlu dikenal pasti adalah penyebab masalah sinus anda. Bertemu doktor adalah amat disarankan bagi memastikan anda diperiksa dengan betul, penyebab masalah sinus dapat dikenal pasti dan dirawat. Doktor akan mengambil maklumat kesihatan anda terutamanya mengenai masalah sinus yang anda alami sejak kecil, membuat pemeriksaan dan ujian darah atau imej sekiranya perlu.

Sekiranya masalah sinus anda adalah disebabkan alergi, anda dinasihatkan untuk menghindari bahan yang dikenalpasti boleh menyebabkannya. Anda juga akan diberi preskripsi ubat bagi merawat anda sekiranya terdedah kepada bahan alergi. Sekiranya ia berpunca dari masalah bentuk rongga hidung anda, pembedahan kecil mungkin perlu dilakukan untuk merawat masalah ini. Sebagai contoh, sekiranya rongga hidung tersumbat disebabkan oleh polip, maka pembedahan kecil untuk membuang polip itu akan dilakukan.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

komplikasi-coronavirus

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)