Sulit
4 tahun
Batuk ringan lebih 2 bulan
Hello dr. Saya seorang lelaki yang berumur 21 tahun. Saya sering batuk. Batuk saya tidak lah teruk sangat, hanya batuk ringan sahaja. Batuk saya ni bermula pada bulan febuari lagi. Kadang sya tidak batuk. Tpi baru-baru ni dlm 2 minggu kdng kala saya susah nak menarik nafas dengan puas. Bila saya tarik nafas , nafas tu terasa seperti tersangkut. Saya ada berjumpa dengan unit kesihatan di tempat saya tinggal. Setiap hari saya minum air putih lebih dri 1liter air. Kadang kala saya rasa tekak saya kering.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Anda juga akan mengalami gejala seperti terbakar pada dada dan kerap sendawa
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.