Sulit
4 tahun
Batuk selama 3 bulan
Doktor, sya mengalami batuk kahak selama 3 bln… Xde demaam. Sdh ambik ubat 2 kali. Kdg2 sy batuk rs semput. Ubat yg beri oleh doktor, i makan. Mmg pulih. Lps sdh hbs kembali lg i punya masalah ini. Adakah ini simptom tibi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan bahawa batuk anda disebabkan panyakit tibi. Selain batuk, gejala lain untuk masalah ini adalah seperti:
Hilang berat badan
Berpeluh pada waktu malam
Benjolan di badan
Sakit dada
Keletihan yang melampau
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.