Sulit
4 tahun
Batuk ringan yang melebihi lebih 2 bulan
Saya lelaki berumur 20 tahun. Saya mempunyai batuk ringan. Saya tidak batuk jika saya makan gula-gula yang mengandungi mentol kristal. saya cepat berasa lelah dan kadang kala saya susah nak tarik nafas dalam-dalam. Batuk saya ini lebih dari 2 bulan sudah. lagi satu bila saya minum air banyak dalam satu hari, kadang saya rasa tekak saya kering.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.