Sulit
4 tahun
Hidung berair dah hilang deria rasa Dan bau
Saya hilang deria rasa Dan bau. Hidung berair Dan gatal gatal. Bersin sekali
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hilang deria rasa dan bau ini sering terjadi sekiranya hidung anda tersumbat. Manakala masalah hidung tersumbat ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Alahan
Allergic rhinitis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.