Sulit
4 tahun
Batuk lebih 3minggu
hi doktor, saya batuk dah lebih 3minggu, pada awalnya batuk berkahak. dah berjumpa dgn doktor, kahak sudah kurang. tp batuk tak kurang, skng ni batuk saya sekali sekala. kadang berpanjangan dlm seharian. apa yg patut saya buat? adakah batuk lama ni boleh pulih sendirinyaa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, sukar untuk saya menjawab soalan anda sama ada masalah anda boleh sembuh dengan sendiri atau tidak. Hal ini kerana ia bergantung dengan punca gejala anda. Kebiasaanya, jika ia disebabkan virus, gejala anda akan sembuh dengan sendirinya.
Selain itu, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah dan kemudiannya rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.