Sulit
4 tahun
Batuk dan sentiasa berdehem dan nak muntah
Saya laki 20 an. Saya batuk dah lama cuma tak kerap sangat. Tapi tiap kali batuk. Mesti batuk sehingga nak termuntah atau batuk kuat. Rasa macam ada lendir kat tekak dan dan berdehem sampai keluar kahak. Tapi bukan kahak. Macam berlendir. Kadang batuk sampai muntah dan yang keluar hanya lah berlendir putihh macam air liur tapi pekat dan likat. Selepas muntah baru lahh saya rasa okay sikit pada bahagian tekak saya. Apa masalahnya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Postnasal drip- lazim dalam kalangan mereka yang menghidapi masalah sinus
- Gastroesophageal reflux disease
- Alahan
- Merokok
- Asma
- Ubat darah tinggi jenis ACEi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.