Sulit
4 tahun
Batuk dan Selsema. hidung tersumbat
saya alami batuk & selsema.batuk dah lama sbb sejuk atau asap.lately ni sekali dgn selsema.hidung tersumbat,kdg2 gatal.berair tp tak kerap.suhu normal tp kepala rasa mcm panas.tak selesa.knp ye doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin berkaitan antara satu sama lain atau juga tidak. Hanya dengan makluman yang anda berikan di atas, sukar untuk kami membuat kesimpulan. Masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Allergi
Sinusitis
Selain itu, untuk masalah rasa panas yang anda alami, ianya subjektif. Oleh itu pemeriksaan dengan thermometer adalah diperlukan. Memandangkan keputusan menunjukkan suhu yang normal, maka anda tidak mengalami demam.
Buat masa ini, anda disarankan untuk menjaga kesihatan secara am seperti:
- Elakkan keadaan yang boleh menyebabkan anda batuk dan selsema
- Dapatkan rehat yang cukup
- Minum air kosong dengan mencukupi
- Banyakkan aktiviti fizikal dan bersenam
- Jaga permakanan dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.