
Anonymous
2 tahun
Slip disc dan sakit belakang
apakah kesan operate slip disc dengan kaedah laser…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda, slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah cakera intervertebra(Intervertebral disc). Ia disebabkan kandungan di dalam cakera intervertebra iaitu nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang.
Rawatan bagi slipped disc terbahagi kepada dua iaitu rawatan sokongan seperti pengambilan ubat tahan sakit/elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak bagus untuk tulang belakang dan juga pembedahan/terapi laser.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pemebedahan dan rawatan slip disc serta kesan sampingannya, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada pakar tulang. Anda boleh bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut.Terima kasih.