Sulit
2 tahun
Tanda penyakit influenza?
Sy ibu berumur 31 thn. Jarang sakit. Mula dr hari khamis minggu lps sy ada ke rhb bndr kota kinabalu utk membuat akaun. Utk pengetahuan kwsn bank tsebut merupakn tumpuan pelancong khususnya china. Bmula pd jumaat mlm sy dapati suhu bdn sy mula menaik mngejut. Dan sy mkn panadol dan suhu bdn sy trn smula. Selepas 6 jam mula lg demam dan sy mkn panadol skali lg. Bnda berulang sehingga 4 kali dan akhirnya sy bwa ke klinik swasta. Dsna sy dberikn antibiotik amoxylin dan jg pcm. Doc mberitahu tonsil sy merah dan penyebab kpd demam sy. Skrng sy on antibiotik sy dan demam tidak lg ada. Tp bmula simptom lain seperti bintik merah tidak gatal pada kaki. Sy pening dan berat kepala. Dan sy merasakan kegatalan pada badan sy walaupun tiada kesan gigitan. Saya jg merasa mual dan selalu ingin muntah. Lidah sy pn terasa sgt2 pahit.Apa sebenarnya jd dgn sy doc? Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam, sakit tonsil dan gatal, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Influenza
- Jangkitan saluran pernafasan atas ( upper respiratory tract infection )
- Demam denggi
- Demam tifoid iaitu sejenis jangkitan bakteria di perut
- Demam Chikungunya
- Reaksi ubat seperti antibiotik
Memandangkan anda telah mulai pengubatan namun belum membaik, sebaiknya anda merujuk ke doktor sekiranya terdapat keluhan tambahan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.