
Sulit
4 tahun
Telinga dan kepala rasa panas ketika tidur
Saya berumur lingkungan 20’an, masalah saya ialah setiap kali tidur telinga dan kepala saya berasa panas dan mengganggu waktu tidur saya, hal ini menyebabkan saya tidak boleh tidur dan akan terjaga sehingga pagi. Mohon pencerahan dari doktor apakah masalah yang sedang saya hadapi dan cara untuk menangani masalah ini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Perubahan suhu sejuk
- Jangkitan telinga
- Perubahan hormon
- Erythermalgia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.