Sulit
3 tahun
Telinga tersumbat berasa gatal-gatal dan guna putik kapas
Saya sering menggunakan ear phone untuk mendengar kuliah secara maya,Akibatnya telinga saya berdengung dan tersumbat.Bolehkah saya menitiskan cecair di dalam telinga
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah telinga berdengung dipanggil tinnitus. Ia merupakan satu simptom dan bukanlah penyakit. Simptom tinnitus ini menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah seperti:
- Hilang pendengaran
- Terdedah dengan bunyi bising yang terlalu kuat
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah pada tulang telinga
- Masalah lain seperti ketumbuhan atau jangkitan di dalam telinga
Anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut kepada doktor sebelum membuat apa apa keputusan. Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.