Sulit
3 tahun
Tertelan Nicotine Gun secara tidak sengaja
Saya tertelan 2mg nicotine gum secara tidak sengaja. Adakah ia berbahaya? Saya berasa sedikit mual pening dan mempunyai degup jantung yang tinggi sedikit. Apakah harus saya lakukan? Adakah ini satu kecemasan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kesan sampingan biasa daripada Gum Nikotin termasuk:
- Tekanan darah meningkat
- Denyutan jantung yang cepat
- Pening
- Insomnia
- Kerengsaan
- Hilang selera makan
- Pencernaan / pedih ulu hati
- Cegukan
- Peningkatan air liur
- Senak
- Loya
- Muntah
- Batuk
- Gas
- Sakit tekak
- Kerengsaan mulut
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih