Sulit
2 tahun
Testis tib2 bengkak beji maki garu makin besar akibat kesan mencukur terbelah kulit sedikit.tak pasti biji punca apa
Doktor,Testis saya tiba2 naik benjolan bengkak pada kawasan atas sebelah batang zakar kanan atas sekali …
Testis jd biji bulat keras kecil,lepas dua hari saya garu-garu picit2 sapu2 dengan jari pada kawasan testis bengkak tu tiba2 ia jadi makin membesar saiz 2 cm…makin saya sentuh akan makin mengembang biji ketumbuhan itu…rasa rimas sikit…tak sakit tapi bila picit pegang sakit macam lebam…hari pertama kecil ja dalam 0.5 cm…bila lagi seronok picit garu makin membesar biji dalam testis…
Punca berlaku saya perasan masa setelah saya mencukur bulu testis sampai berdarah terhiris sedikit beberapa tompokan hirisan darah pada permukaan kulit…keesokannya saya terasa ada biji ketumbuhan timbul…
Tak pasti punca sebab mencukur atau hormon? Saya juga kerap melancap tiap hari…atau saluran darah sumbat?
Doktor tolong saya apa rawatan yang boleh dilakukan jika testis atas bengkak biji ketumbuhan?
Biji ketumbuhan ini boleh kecut semula tak doktor? Boleh hilang dan kecutkan dengan sendiri tak doktor?
Atau perlu pembedahan?bahaya tak?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah testis bengkak yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual ( Sexually transmitted disease )
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.