
Sulit
3 tahun
Tiada period utk 2 bulan
Hi, umur 36 thn, I blm period dh selama 2 bulan, sejak i ambil vaccine AZ pd 18th July 2021. Blh i tahu kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda khuatir mengenai haid lewat untuk beberapa hari setelah menerima vaksin. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, vaksin tidak menyebabkan gangguan kitaran haid . Perubahan kitaran haid atau haid lewat yang dialami oleh anda boleh disebabkan oleh punca lain yang menyebabkan gangguan kitaran haid.
Antara punca lazim yang menyebabkan kitaran haid seseorang berubah atau lewat boleh disebabkan oleh:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan dan sejarah kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih lanjut untuk mencari punca masalah haid lewat anda.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini