hellcryer
4 tahun
Ubat KURAP / Ringworm
Hi Doctor, saya mengalami masalah kurap di bahagian celah kangkang, saya sudah berjumpa doctor dan diberi ubat Econazine. Tetapi di kawasan saya, tiada farmasi yang jual ubat Econazine, hanya Canesten Cream sahaja. Adakah boleh saya menukar menggunakan ubat Canesten Cream untuk penyakit ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat canesten cream digunakan untuik merawat masalah kurap, ‘athelete’s foot’, jangkitan kulat di punggung dan jangkitan kulat peluh. Oleh itu, anda boleh cuba menggunakan ubat sapu ini. Sekiranya tidak berkesan, anda digalakkan untuk ke farmasi lain untuk mendapatkan Econazine.
Untuk mencegah kurap:
- Elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- Mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.