Sulit
4 tahun
Penderita kurap selama 6 tahun
Saya menderita penyakit kurap ni selama 6 tahun. Bermacam2 krim dan beberapa ubat pil saya guna, tiada yg sesuai hanya boleh bertahan beberapa hari sahaja. Sepanjang 6 tahun, boleh dikatakan tiap minggu memang saya akan alami kurap. Di celah peha, vagina, celah bontot, ketiak, kaki. Ketika datang haid, berpeluh, dan macam2 keadaan lagi. Saya berharap sangat3 ada doktor atau sesiapa yg mampu tolong saya untuk sembuh dari penyakit ini. Saya sudah cukup lama bertahan. Kualiti tidur saya tiada, kualiti hidup pun berkurang. Kurap ni meninggalkan kesan hitam pada kulit saya membuatkan saya tiada keyakinan pada diri sendiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Untuk penilaian yang lebih arif, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit atau dermatologist. Ini mungkin boleh menjadi penyakit kulit yang menyerupai kurap. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini untuk bercakap dengan panel pakar kulit kami (Booking specialist). Terima kasih.