Sulit
3 tahun
Kurap yang susah hilang
Saya lelaki ada berumor 30an ada masalah kurap dan sudah berjangkit pada istri & ank…ap ubat saya perlu ambil untuk matikan kurap ni??bantu saya doc.lama sangat da saya tanggung.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kurap. Untuk pengetahuan anda, Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Bagi memastikan ianya adalah betul betul kurap, kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Doktor juga akan memberikan ubatan yang betul untuk merawat kurap anda.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.