Sulit
4 tahun
Masalah gatal dan kurap
saya wanita dalam 2p an. saya mengalami penyakit kurap yang agak serius di bahagian punggung celah paha dan vagina. dah setahun saya mengalami penyakit ni. dah bubuh ubat sapu lega skejap bila berpeluh jadi balik saya dah xtahan gatal sangat dan kurap jangkit makin banyak. apa patut saya buat doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kurap pada kulit berlarutan walaupun sudah menggunakan ubat sapu.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi iaitu masalah kurap berlarutan walaupun sudah menggunakan ubat sapu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Untuk penilaian yang lebih arif, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit atau dermatologist. Ini mungkin boleh menjadi penyakit kulit yang menyerupai kurap. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.