Sulit
4 tahun
Ubat Kurap di Farmasi
Saya wanita berulur 18tahun dan sejak beberapa bulan ni kulit di bahagian kaki dan peha saya telah didatangi kurap yang menyebabkan warna kulit saya tak sekata dan gelap. Selain itu,kawasan kulit tersebut turut berasa gatal. Saya ingin bertanya jenis ubat yang sesuai untuk merawat masalah ttrsebut yang boleh saya dapati di farmasi kerana saya berasa agak segan untuk bertemu dengan dokto di klinik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Untuk mencegah kurap:
- Elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- Mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
*