Anonymous
2 tahun
Kurap jenis bowen’s desease dibawah lengan
Salam, doc, saya wanita berusia 30 tahun, baru sahaja bersalin sebulan yang lepas. Pada akhir kehamilan saya, dibawah lengan ( ketiak) mengalami masalah kegtalan. Pada mulanya saya hanya ingt kegtalan biasa dan akan sembuh, namun apabila kegatalan itu tidak sembuh, saya telah melihat dgn teliti dn mendapati ia adalah kurap setlah sy google jenis2 kurap. Saya telah berhenti menyusukan anak saya apabila saya sedar ttg khdiran kurap tersebut.Saya jga telah ke farmasi dan mendaptkan khdmat nasihat. Saya dibekalkan dengan krim creobic gold, persoalan saya, adakah kurap ini berbahaya kepada saya? Adakah saya boleh menyusukan anak saya? Saya risaukan keadaan anak saya memandangkan telah sebulan saya susukan dalam keadaan mempunyai kurap. Harap doc faham persoalan saya. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psoriasis
- tindakbalas terhadap alahan (eczema)
- jangkitan kuman seperti (shingles disebabkan virus herpes zoster)
- jangkitan fungal seperti tinea
Sebab-sebab yang jarang seperti
- Bowen’s disease
- kanser kulit
namun, ia biasanya datang bersama simptom lain dan memerlukan penyiasatan diagnostik yang lebih terperinci
Untuk pengetahuan pihak puan, antara kontraindikasi (ibu dilarang menyusu) adalah dalam beberapa kes berikut
- ibu yang mempunyai penyakit yang boleh berjangkit melalui darah seperti HIV dan Hepatitis B
- ibu yang mengambil sesetengah ubat seperti lithium
- bayi yang mempunyai penyakit seperti phenylketonuria dan kekurangan enzim mencerna susu (tersangat jarang)
Dalam kes puan, untuk mengetahui kesimpulan yang tepat, kami memerlukan maklumat lanjut supaya puan mendapat rawatan yang tepat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.