Sulit
4 tahun
Masalah keputihan dan ruam merah sperti kurap di vagina
Saya sudah memakai ubat clatrimozole tetapi masih banyak keputihan yang keluar . Namun ianya sudah kurang gatal dari sebelumnya. Vagina saya juga ada ruam merah tetapi semakin hitam se.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.