Sulit
3 tahun
Saya ada masalah parut kurap yang lama daripada kecil
Saya ada masalah parut kurap di celah paha daripada kecik jadi apakah yang perlu saya buat untuk menghilangkan parut ini
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Sebetulnya, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Umum mengetahui bahawa penampilan dan perawatan parut adalah bergantung pada pelbagai faktor. Perawatan parut dapat terdiri atas krim, gel, pembedahan dan juga suntikan. Bagaimanapun, keputusan ini harus diambil dengan rekomendasi daripada doktor pakar.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.