Sulit
3 tahun
Ulcer pada mulut mengganggu rutin harian
Saya ada ulcer dekat lelangit yang berhampirah dengan anak tekak menybebkan tidak keselesaan dan mengganggu rutin harian saya. Saya kerap minum air untuk melegakan tapi tiada perubahan berlaku, malah keadaan semakin membuatkan tekak saya kering dan sakit tekak . Boleh terangkan rawatan ? Dan berapa lama masa untuk cure masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.