Sulit
3 tahun
Ulser banyak dalam mulut
Saya lelaki berusia 30an,dalam mulut saya ada 5 ke 6 ulser. Sembuh sekejap, jadi balik. Dan tempoh ada ulser ni hampir 3 bulan. Berat badan menurun mendadak. Pernah buat ujian di hospital kerajaan, semua rekod ujian baik. Ujian darah, gula, kolestrol ( ujian pada jan 2021). Kulit muka ada timbul mcm bintik2 chiken pop…pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa perempuan. Tapi dalam tempoh yg sudah lama 3 tahun lepas. Sekarang 2021. Apakah ini tanda sifilis? Mohon penjelasan doctor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ulser dalam mulut.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan seseorang mendapat ulser mulut. Antaranya :
- Kecederaan semasa menggosok gigi
- Trauma pada bahagian mulut
- Kesihatan oral yang kurang
- Kesan makanan pedas
- Kurang minum air
- Jangkitan kuman
- kanser oral
- Penyakit autoimun
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengelakkan dan merawat ulser ini, anda boleh mencuba cara cara berikut :
- elakkan makanan pedas
- banyakkan minum air
- berkumur dengan air suam
- jaga kebersihan oral dengan baik
Anda juga boleh mencuba untuk meletakkan gel antiseptic atau gel yang di nasihatkan oleh Doktor gigi. Namun penjagaan kesihatan oral lebih penting untuk mencegah daripada ulser ini daripada terus berlaku.
Sekiranya keadaan anak anda berterusan dan mengalami sakit yang teruk, sila berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah. Terima kasih.